Saturday, July 26, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PKL tanda penghargaan, inspirasi

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Seramai 78 orang yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya telah menerima Pingat Kerja Lama (PKL) pada Majlis Penyampaian Pengurniaan Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam PKL sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-78 Tahun bagi Tahun 2024, bertempat di Dewan Mawaddah, Setia Point, Berakas, pagi tadi.

    Majlis penyampaian pingat-pingat telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha.

    Pengurniaan PKL adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan jasa dan sumbangan penerima-penerima pingat yang telah berkhidmat lebih daripada 20 tahun dalam perkhidmatan awam. Ia juga berperanan sebagai sumber inspirasi dan dorongan semangat kepada seluruh warga MTIC untuk terus meningkatkan mutu dan produktiviti kerja ke arah kecemerlangan yang lebih tinggi.

    Turut hadir, setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap di MTIC, ketua-ketua eksekutif, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan MTIC dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi pihak berkuasa di bawahnya.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary menyampaikan Pingat Kerja Lama kepada para penerima pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda