Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PKMS adakan mesyuarat tahunan

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia (PKMS), semalam, telah mengadakan mesyuarat tahunan di Tingkat 1, Restoran Amanah Harith, Jerudong, di sini, kelmarin.

    Mesyuarat yang dihadiri seramai 18 orang ahli jawatankuasa itu dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa serta ucapan alu-aluan Yang Dipertua PKMS, Haji Azaman bin Haji Suleiman.

    Program diteruskan lagi dengan pengesahan minit Mesyuarat Agung PKMS ke-40 serta pembentangan laporan dari Setiausaha Agung PKMS iaitu Azman bin Abdul Talib dan laporan dari Bendahari iaitu Imran bin Abdul Manaf.

    Ahli jawatankuasa Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia (PKMS) bergambar ramai semasa mesyuarat tahunan yang diadakan di Tingkat 1, Restoran Amanah Harith, Jerudong.

    Setelah semua agenda dipersetujui, ahli-ahli Jawatankuasa PKMS 2015-2017 dibubarkan secara rasmi dan diikuti dengan pelantikan ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2017-2019.

    Mesyuarat sebulat suara mencadangkan dan bersetuju mengekalkan ahli jawatankuasa sedia ada bagi meneruskan perjuangan dalam persatuan.

    Tujuan utama mesyuarat adalah untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan pekerja-pekerja Malaysia di Brunei Darussalam dan dengan terlantiknya ahli-ahli jawatankuasa akan dapat mengadakan aktiviti kekeluargaan bersama-sama ahli persatuan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda