Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia (PKMS) kelmarin mengagihkan sebanyak 800 kontena bu-bur Asyura percuma kepada orang ramai sempena Program Gotong-royong Bubur Asyura di sebuah restoran di Kampung Jerudong.
Hadir mengagihkan bubur tersebut ialah Yang Di-Pertua PKMS, Haji Shahadan Abdol. Turut hadir ialah ahli jawatankuasa persatuan tersebut.
Program anjuran PKSM dan orang perseorangan itu bertujuan mengeratkan ukhuwah antara ahli-ahli persatuan dan orang ramai di samping mengingati Hari Asyura.
