Tuesday, October 1, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PKMS anjur pertandingan boling sempena Hari Malaysia

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Persatuan Kebajikan Melayu Se-Malaysia (PKMS) telah mengadakan Perlawanan Bowling Muhibbah sempena sambutan Hari Malaysia 2024 yang diadakan di Golden Bowling Company, Airport Mall, baru-baru ini.

    Pertandingan berkenaan telah dirasmikan oleh Kuasa Usaha Sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan, Nur Ezira Mahadi dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan berkenaan.

    Antara lain tujuan acara adalah untuk merapatkan silaturahim antara diaspora Malaysia yang berada di Negara Brunei Darussalam tanpa mengira latar belakang, persatuan, kaum dan agama yang mana bertepatan dengan sambutan Hari Malaysia.

    Dalam perlawanan itu, johan bagi kategori lelaki dimenangi oleh Zaharim Tawang dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 356, manakala johan bagi kategori wanita pula dimenangi oleh Junaidah dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 282. Sementara johan bagi kategori kumpulan pula dimenangi oleh Zaharim Tawang, Haji Shahadan & Tengku Faiz dari Kumpulan 11 dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 834.

    Kesemua pemenang membawa pulang hadiah berbentuk hamper dan juga hadiah iringan yang ditaja oleh Tourism Malaysia.

    Johan kategori lelaki,Zaharim Tawang bersama hamper yang dimenangi.
    Johan kategori wanita, Junaidah bersama hamper yang dimenangi.
    Kumpulan 11 selaku johan kategori kumpulan bersama hamper yang dimenangi.
    Gambar ramai peserta-peserta pertandingan berkenaan. – GAMBAR- GAMBAR SERAHAN PKMS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda