KUALA LUMPUR, 24 MAC – Pemain tengah import Melaka, Romel Morales percaya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan Malaysia pada masa ini adalah kaedah terbaik untuk menangani penularan wabak COVID-19. Pemain berusia 22 tahun itu berkata, walaupun merindui keluarganya di Colombia, beliau harus patuh kepada garis panduan dikeluarkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang tidak