PKPB di Sarawak dilanjut 26 April

KUCHING, 8 APRIL – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sarawak dilanjutkan selama dua minggu lagi iaitu dari 13 hingga 26 April berikutan kes positif di negeri ini masih meningkat, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

JPBN memaklumkan sejumlah 211 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 18,707 kes, manakala satu kematian baharu dicatatkan yang menjadikan jumlah kematian turut meningkat kepada 117 orang.

“Kes kematian ke-117 merupakan kes ke-15,960 melibatkan seorang wanita warga tempatan berusia 83 tahun yang telah dimasukkan ke Hospital Miri kerana mengalami gejala demam dan kesukaran bernafas,” menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan di sini. – Bernama