KUALA LUMPUR, 25 MAC – Kerajaan memutuskan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Lebak Moyoh dan Kampung Siasai Tamu, Kota Belud, Sabah bermula esok sehingga 8 April depan.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu berikutan pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa berlaku peningkatan kes secara mendadak di kedua-dua lokaliti dengan kadar kebolehjangkitan tinggi.
“Sehingga kini, sembilan didapati positif daripada 89 ujian saringan dilaksanakan di Kampung Lebak Moyoh, manakala sebanyak 77 ujian saringan pula dilaksanakan di Kampung Siasai Tamu di mana tujuh kes positif.” – Bernama