Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PKPD di tiga kawasan di Tawau

    KUALA LUMPUR, 31 MAC – Tiga kawasan di Tawau, Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 14 April, berikutan peningkatan kes secara mendadak di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

    Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan yang terlibat ialah Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balung; Fasa 2 Taman Semarak dan Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung.

    “Sehingga semalam Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan lapan kes positif di Kampung Ranggu Batu 10, manakala di Fasa 2 Taman Semarak pula seramai enam individu didapati positif, lapan di Kampung Baru Pasir Putih,” katanya, hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda