Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PKPSH bakal anjur bengkel, program

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PKPSH) akan menganjurkan bengkel dan program secara berasingan pada Mac dan April depan.

    Pada 11 Mac, UNISSA akan mengadakan bengkel sehari bersama Penolong Profesor Kanan dari Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, Dr Ahamad Faosiy Ogunbado yang akan menyampaikan tajuk Islamic Leadership Management Series : Necessity and The Component of Leadership.

    Bengkel akan diadakan di Kampus UNISSA, Gadong dari pukul 8:30 pagi dan pendaftaran boleh di laman web dengan tarikh akhir pendaftaran adalah pada 28 Februari, pukul 4:30 petang.

    Antara lain tujuan bengkel berkenaan adalah untuk memberikan kefahaman berkenaan kepimpinan dan pengurusan Islam di samping meningkatkan kapasiti dan kewibawaan pemimpin dan sebagai salah satu wadah atau platform bagi membincangkan isu-isu semasa berkaitan kepimpinan dan pengurusan Islam.

    Manakala, Fakulti Pertanian pula akan menawarkan program bersiri bagi pengusaha pertanian iaitu Agritalk: Potensi dan Cabaran Ternakan Ayam Kampung Kacukan pada 4 April depan.

    Program antara lain bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai potensi dan cabaran ternakan ayam kampung kacukan dan memberi bimbingan berkaitan kaedah pengurusan ternakan ayam kampung kacukan.

    Program sehari secara maya dan fizikal bersama Penolong Profesor Adjung dari Fakulti Pertanian UNISSA, Profesor Madya Dr Mohd Hafiz bin Jamaludin itu menyasarkan pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta selain pengusaha pertanian dan peladang serta pelajar.

    Untuk program yang akan diadakan dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari di Kampus Sinaut, UNISSA itu, pendaftaran dan keterangan lanjut boleh di laman sesawang UNISSA dan tarikh akhir pendaftaran adalah pada 7 Mac, pukul 4:30 petang.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...