Tuesday, July 2, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    PKS digalak amalkan perniagaan mampan

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Sejajar dengan komitmen dalam menyokong keusahawanan yang bertanggungjawab di bawah Rangka Kerja Kelestarian bank, baru-baru ini Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah menyertai Bengkel Kesedaran Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

    Bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama BIBD, TotalEnergies dan Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei dan difasilitasi oleh United Nations Global Compact (UNGC) bertujuan untuk menggalakkan amalan perniagaan mampan dalam kalangan PKS di Brunei.

    Hadir bagi merasmikan bengkel tersebut ialah Pemangku Pengarah Pejabat Wawasan Brunei, JPM, Pengiran Khairil Bariah binti Pengiran Haji Mohd Ali.

    Menurut Ketua Pembangunan Perniagaan Korporat BIBD, Haji Shamri bin Haji Mahali dalam ucapannya menekankan komitmen bank untuk mempromosikan keusahawanan mampan.

    “Bengkel hari ini adalah satu langkah penting ke arah membina ekosistem perniagaan yang teguh dan mampan. Kami diilhamkan oleh dedikasi yang ditunjukkan oleh PKS yang hadir. Komitmen awda terhadap kemampanan adalah terpuji dan penting untuk kejayaan jangka panjang,” ujarnya.

    Antara yang mengikuti bengkel bergambar ramai semasa acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN BIBD
    GAMBAR SERAHAN BIBD

    Sebagai penyokong tegar untuk pembangunan perniagaan kecil, BIBD mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh PKS dalam membina ekonomi yang kukuh, dinamik dan mampan. BIBD secara aktif menggalakkan PKS untuk mengamalkan amalan mampan, mencerminkan tonggak utama rangka kerja kemampanannya.

    Bengkel itu termasuk satu siri sesi dan aktiviti yang direka untuk meningkatkan pemahaman peserta tentang kemampanan dan prinsip ESG.

    Antara topik yang dibincangkan merangkumi risiko perniagaan global dan tempatan, rangka kerja kemampanan megatrend, dan kes perniagaan untuk kemampanan. Para peserta juga terlibat dalam perbincangan mengenai perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan kemampanan, termasuk kajian-kajian kes menunjukkan amalan lestari yang berjaya.

    Sesi selanjutnya menyediakan alat dan rangka kerja praktikal untuk PKS, termasuk Rangka Kerja Kemampanan PMKS dan penunjuk materiality.

    Aktiviti penilaian kematangan ESG membantu peserta mengukur kematangan ESG semasa mereka, manakala sesi Hab ESG PKS membimbing PMKS tentang penggunaan sumber untuk amalan kemampanan yang dipertingkatkan.

    Acara itu turut menyaksikan pelancaran Penilaian Permulaan ESG untuk Brunei Darussalam memperkukuh komitmen negara bagi memajukan kelestarian.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jangka hayat Australia menurun buat kali pertama

    CANBERRA, 2 JULAI - Jangka hayat Australia turun buat kali pertama dalam hampir 30 tahun semasa pandemik COVID-19, dedah satu laporan kerajaan. Institut Kesihatan dan...