KUCHING, 19 OGOS – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) disarankan untuk mengutamakan keselamatan siber seiring dengan kepesatan pembangunan digital. Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong, berkata PKS bertanggungjawab untuk melindungi data sulit bagi mengekalkan kepercayaan pelanggan dan keselamatan operasi. “Bagi mendepani cabaran ini, CyberSecurity Malaysia di bawah Kementerian Digital juga telah menubuhkan Akademi Keselamatan

