Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PKWE anjur majlis tahlil dan Doa Arwah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Dalam menyemarakkan suasana menjelang bulan suci Ramadan, ahli-ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara telah mengadakan majlis tahlil dan Doa Arwah di Kampung Lambak Kanan, baru-baru ini.

    Hadir pada majlis penuh berkebajikan itu ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon berserta para jemputan.

    Bacaan tahlil dan Doa Arwah pada majlis itu telah dipimpin oleh Imam Masjid Perpindahan Lambak Kanan, Awang Khirul Arifin bin Haji Mohd Yusof.

    Pengurus PKWE, Haji Mohd Ali bin Haji Emran menjelaskan bahawa majlis itu adalah aktiviti tahunan yang bertujuan untuk sama-sama mendoakan khusus buat rakan-rakan dan kaum keluarga yang telah kembali ke rahmatullah agar diberikan rahmat dan keampunan serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

    Dalam pada itu, ia juga bertujuan untuk mengeratkan ikatan silaturahim dan perpaduan sesama ahli serta keluarga masing-masing yang sekali gus diharap dapat mendidik diri agar sentiasa mendekatkan diri kepada pelbagai kegiatan yang berkebajikan dalam kehidupan seharian.

    Antara ahli PKWE Daerah Brunei dan Muara yang hadir pada majlis tahlil dan Doa Arwah di Kampung Lambak Kanan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda