Oleh Normazlina M.D
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Nov – Seramai 65 orang ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) cawangan Daerah Tutong telah mengadakan lawatan ke Galeri Kebudayaan dan Pelancongan Kampong Ayer, baru-baru ini.
Turut hadir bagi mengetuai rombongan berkenaan ialah Pengurus PKWE Tutong, Haji Metamit bin Haji Matzin.
Selain mengenali Kampong Ayer, rombongan juga mengadakan kunjungan ke kediaman Ketua Kampung Lurong Sikuna, Haji Ahmad bin Haji Bujang yang juga selaku pengurus galeri tersebut.
Antara tujuan lawatan diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada warga emas dan juga memberikan pengalaman yang luas terhadap negara sendiri di samping dapat bertukar-tukar pandangan.
Lawatan tersebut merupakan salah satu aktiviti pusat berkenaan dan merupakan aktiviti lawatan ketiga selepas mengadakan lawatan ke PKWE cawangan Brunei dan Muara di Lambak Kanan dan di Sipitang, Sarawak.
