Oleh Salawati Haji Yahya.
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Sept – Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Brunei dan Muara telah menerima undangan dari Jabatan Radio Televisyen Brunei (RTB) untuk sama-sama menjayakan rancangan yang diberi nama Kumpulan Fokas (Focas Group) bagi Rancangan Rampai Pagi, kelmarin.
Ahli-ahli PKWE itu terdiri daripada Haji Awang Mat Noor bin Haji Awang Damit, Haji Yaakub bin Haji Hitam, Awang Mohd Yusof bin Munaf, Dayang Sariah binti Nawi dan Hajah Aisah binti Haji Chuchu.
Rancangan berkenaan antara lain bertujuan untuk mendapatkan pendapat atau pandangan berhubung Rancangan Rampai Pagi.
Turut hadir pada acara itu ialah pengarah RTB, Haji Muhammad Suffian bin Haji Bungsu dan ketua rancangan RTB yang menyampaikan sijil penyertaan kepada ahli-ahli kumpulan tersebut.
