Oleh Sim Y. H.
TUTONG, 3 OGOS – Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Tutong tidak ketinggalan untuk mengadakan Majlis Takbir sempena Hari Raya Aidiladha 1441H/2020M yang berlangsung di Dewan Serba guna PKWE Daerah Tutong, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis anjuran PKWE Daerah Tutong itu ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Wahab bin Apong selaku penghulu Mukim Tanjong Maya dan pemangku penghulu Mukim Pekan Tutong.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan takbir Hari Raya Aidiladha serta bacaan tahlil. Acara dihasratkan untuk memeriahkan lagi Sambutan Hari Raya Aidiladha serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli PKWE Daerah Tutong.
