Oleh Normazlina M.D
TUTONG, 29 Jan – Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Tutong telah mengadakan lawatan ke Bekenu, Miri, Sarawak, pagi tadi.
Seramai 44 orang ahli PKWE Tutong mengikuti lawatan tersebut, yang mana rombongan diketuai oleh Ketua Pengurus PKWE Tutong, Haji Metamit bin Mat Zain.
Lawatan tersebut merupakan salah satu aktiviti lawatan keluar negara yang tersenarai dalam aktiviti bulanan Januari ini.
Di samping dapat mengisi masa lapang warga emas dalam sama-sama mengenali Bekenu sebagai sebuah tempat yang terkenal dengan tamunya tersendiri dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli PKWE Tutong.
Memandangkan musim buah masih lagi berjalan, ahli-ahli PKWE Tutong juga berkesempatan membeli buah-buahan seperti rambutan, durian, pisang dan banyak lagi.
