Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PKWE Tutong mohon keberkatan aktiviti 2023

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 5 JAN – Bagi memohon perlindungan, petunjuk, kelancaran dan keberkatan daripada Allah SWT, Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Tutong pagi tadi telah menganjurkan Majlis Solat Hajat, Membaca Yasin dan Doa bagi Memulakan Kegiatan dan Program Sepanjang Tahun 2023 Masihi di pusat berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basir.

    Solat sunat Hajat berjemaah telah diimamkan oleh Pengurus PKWE Tutong, Haji Hamaffi bin Mohd Yassin yang juga turut mengepalai bacaan doa.

    Dalam ucapannya, Haji Hamaffi berkata, majlis bertujuan bagi menyatukan ahli-ahli PKWE dalam satu pemikiran dan tindakan ke arah memajukan pusat berkenaan berlandaskan konsep Melayu Islam Beraja.

    Di samping itu, ia juga dihasratkan agar dapat memberikan kefahaman lebih
    mendalam terhadap penubuhan PKWE sebagai platform bagi merancang dan menjalankan kegiatan mahupun program yang bersesuaian dengan warga emas di Daerah Tutong khasnya dan daerah lain amnya sekali gus mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahlinya.

    Majlis yang merupakan program tahunan pusat tersebut juga diselajurkan dengan bacaan Doa Umrah bagi ahli-ahlinya yang akan menunaikan ibadat umrah tidak lama lagi.

    Awang Mohammad Sofian (tiga kanan) hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut.
    Antara yang hadir pada majlis keagamaan di PKWE Daerah Tutong, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda