Oleh Sim Y. H. –
TUTONG, 10 JUN – Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Tutong tidak ketinggalan untuk menyemarakkan Sambutan Hari Raya Aidiladha dengan mengadakan Majlis Takbir Hari Raya Aidiladha yang berlangsung di pusat tersebut, kelmarin.
Kira-kira 34 ahli telah menghadiri majlis yang diketuai oleh Pengurus PKWE Tutong, Haji Hamaffi bin Mohd Yassin.
Majlis itu merupakan salah satu kegiatan tahunan sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha serta untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan ahli pusat berkenaan.




