Saturday, April 19, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Planet baharu mirip Tatooine ditemui

    NEW YORK, 18 APRIL – Satu planet baharu yang menyerupai Tatooine telah ditemui di luar sistem suria dan mungkin mengorbit dua bintang yang tidak berfungsi, menurut laporan para saintis pada Rabu.

    Terletak kira-kira 120 tahun cahaya dari Bumi, eksoplanet ini kelihatan mengambil laluan yang luar biasa mengelilingi dua bintang perang, mengorbit pada sudut tepat.

    Bintang perang merupakan sebuah objek yang kadang-kadang digelar sebagai bintang gagal kerana ia lebih ringan daripada bintang lain, tetapi lebih berat daripada planet gergasi gas.

    Satu tahun cahaya bersamaan dengan jarak hampir 6 trilion batu.

    Dua bintang perang itu telah dikesan beberapa tahun lalu. Saintis menyedari pasangan ini sentiasa mengalami gerhana sesama sendiri, jadi sentiasa dilindungi sebahagiannya apabila dilihat dari Bumi.

    Ilustrasi artis yang disediakan oleh European Southern Observatory, pada 17 April. – AP

    Dalam satu analisis baharu, para penyelidik mendapati pergerakan bintang perang itu berubah dan berlaku perkara pelik yang jarang berlaku jika bintang-bintang ini hanya mengorbit sesama sendiri. Penyelidikan tersebut telah diterbitkan dalam jurnal Science Advances.

    Saintis kini mengetahui lebih daripada 12 planet yang mengorbit dua bintang, seperti planet gurun panas fiksyen Tatooine dalam filem Star Wars, yang terkenal dengan dua matahari terbenam dan menjadi tempat tinggal Luke Skywalker.

    Namun, orbit aneh pada planet baharu ini menjadikannya unik. Planet ini belum lagi dilihat secara langsung dan saintis berkata lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk mengesahkan kewujudannya serta menentukan jisim dan orbitnya.

    Mengkaji objek-objek cakerawala luar biasa seperti ini boleh membantu kita memahami bagaimana keadaan di luar sistem suria mungkin menghasilkan planet-planet yang sangat berbeza daripada planet kita sendiri, kata penulis kajian Thomas Baycroft dari Universiti Birmingham.

    Tambahnya, planet yang mengelilingi dua bintang ‘telah wujud dalam dunia fiksyen sains selama beberapa dekad sebelum kita tahu bahawa ia benar-benar boleh wujud dalam realiti.’ – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda