Thursday, February 13, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Plante datuk bandar wanita pertama Montreal

    MONTREAL, 6 Nov – Bandar Montreal telah melantik datuk bandar wanita pertama, ahli politik berhaluan kiri, Valerie Plante untuk membangun masyarakat metropolis Kanada.

    “Semalam, sejarah baru telah tercatat dalam buku sejarah Montreal,” dengan gembira wanita berusia 43 tahun itu memberitahu penyokongnya. “Montreal akhirnya memiliki datuk bandar wanita.”

    Valerie Plante telah mengalahkan sekutu utamanya Denis Coderre dengan melebihi 51 peratus dari undian.

    Bekas ahli parlimen Liberal dan menteri kabinet, Coderre, dalam ucapan beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Plante dan mengumumkan akan meninggalkan politik untuk memberi peluang kepada yang lain.

    Plante, akan berikrar untuk meningkatkan perkhidmatan dan perhubungan awam dan perumahan mampu milik.

    “Tahniah Valerie Plante, datuk bandar wanita pertama Montreal,” Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dalam kenyataan beliau di Twitter. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda