Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Plastik dalam gorengan: Amalan berbahaya

    Baru-baru ini, ibu mentua saya menyaksikan sendiri penggunaan bahan plastik semasa menggoreng makanan di sebuah restoran di Kiulap, satu amalan yang saya sangka hanya berlaku di luar negara.

    Semasa membeli cucur, dia melihat bahan mencurigakan ditabur ke dalam minyak panas dan pekerja restoran tidak memberikan penjelasan yang jelas.

    Ibu mentua saya kemudian memerhati dengan lebih teliti dan semakin yakin bahawa bahan yang digunakan itu adalah plastik!

    Amalan menggunakan plastik dalam memasak ini sangat membimbangkan kerana apabila plastik dipanaskan pada suhu tinggi, ia boleh melepaskan bahan kimia berbahaya seperti dioksin yang berpotensi menyebabkan kanser, merosakkan organ dalaman dan mengganggu sistem hormon manusia.

    Pelanggan yang tidak sedar mungkin terus makan makanan tersebut, sekali gus mendedahkan diri kepada risiko kesihatan serius.

    Saya menyeru pihak berkuasa agar memperketat pemeriksaan dan penguatkuasaan keselamatan makanan, serta mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang menggunakan plastik sebagai bahan memasak makanan.

    Selain itu, masyarakat perlu lebih peka dan berani menegur amalan mencurigakan semasa makanan disediakan.

    Amalan ini bukan sahaja melanggar undang-undang dan membahayakan kesihatan, malah mencemarkan reputasi industri makanan negara.

    Kita semua bertanggungjawab memastikan keselamatan makanan terjamin demi kesejahteraan bersama.

    Pembeli prihatin

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    Elyana sambung rawatan kanser

    Terus kuat, penyanyi dan pelakon Elyana kekal tenang walaupun...

    Kes brek kayu ‘Brembo’ cetus siasatan polis

    LUDWIGSBURG, 11 NOV – Seorang lelaki di Jerman terkejut...

    Teknologi AI bantu KKM kesan 22 kes kanser paru-paru

    KUALA SELANGOR, 2 NOV - Penggunaan teknologi kecerdasan buatan...

    Nekad lawan tiga kanser hingga akhir hayat

    Oleh Mohamad Harith Mohamd Nizar IPOH, 2 NOV - Walaupun...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...