PARIS, 27 Feb – Bekas-bekas plastik ditemukan di dalam isi perut binatang-binatang yang tinggal di dasar lautan paling dalam, menurut penyelidikan baharu yang disiarkan hari ini yang menunjukkan bagaimana pencemaran buatan manusia sampai ke dalam perut bumi.
Lebih 300 juta tan plastik dihasilkan setiap tahun, dan sekurang-kurangnya lima trilion keping plastik yang terapung-apung di lautan dunia.
Oleh sebab penjelajahan laut dalam itu mahal dan memakan masa, kebanyakan kajian ke atas pencemaran plastik sehingga kini dilakukan berhampiran permukaan, yang menunjukkan tahap meluas pencemaran plastik di dalam ikan, penyu, ikan paus dan burung laut.
Kini, sebuah pasukan penyelidik Britain mengatakan, mereka telah menemukan kes-kes pengunyahan plastik di kalangan udang kecil di enam dasar lautan paling dalam di dunia.
Di Dasar Mariana timur Filipina, tekanan paling dalam ke atas bumi, 100 peratus binatang yang dikaji mempunyai gentian plastik dalam pencernaan mereka.
“Saya menjangkakan akan menemukan sesuatu tetapi ia satu penemuan yang besar,” kata Alan Jamieson, dari Sekolah Sains Alam Sekitar dan Semulajadi, Universiti New Castle.
Jamieson dan pasukannya lazimnya menghabiskan masa mereka mencari spesis baharu di lautan dalam.
Tetapi mereka menyedari ketika laluan ekspedisi sejak sedekad lalu, mereka telah mengumpul berbelas-belas spesimen spesis udang kecil yang tinggal antara 6000-11,000 meter di bawah permukaan.
Mereka memutuskan untuk mencari plastik.
Jamieson memberitahu AFP, “kami berada di set data paling dalam di dunia, dengan yang demikian jika kita menemukan plastik di dalam ini, habislah kita.”
Pasukan itu sangat hairan bagaimana bukti pencemaran plastik yang meluas berlaku pada kedalaman itu.
Misalnya, Dasar Peru-Chile di Pasifik tenggara adalah kira-kira 15,000 kilometer dari Dasar Jepun. Namun bekas-bekas plastik telah ditemui di kedua-duanya. – AFP