Friday, March 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Platform galakkan penduduk kampung bangun sosioekonomi

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Pusat Pembangunan Masyarakat Kampung Bolkiah dihasratkan untuk menjadi platform bagi menggalakkan penduduk kampung berkenaan untuk membangunkan serta meningkatkan sosioekonomi mereka melalui pelbagai kaedah termasuk latihan keusahawanan, pendidikan teknikal, vokasional dan adat kebudayaan.

    Pusat berkenaan telah dirasmikan hari ini bagi kunjungan orang ramai untuk menyaksikan pelbagai produk hasil buatan para penduduk di Kampung Bolkiah.

    Hadir semasa perasmian pusat berkenaan ialah ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi binti Abdul Haadii dan Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari; Setiausaha Tetap (Perancangan, Penggunaan Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan dan Pemangku Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan), Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Timbalan Setiausaha Tetap (Kebeliaan dan Kesukanan) di KKBS, Kolonel (B) Pengiran Haji Maiddin bin Pengiran Haji Said serta jemputan khas.

    Acara perasmian berkenaan disempurnakan dengan persembahan daripada Kelab Budaya Mukun Selendang Sutera Brunei Darussalam yang ditaja oleh Progresif Sdn Bhd.

    Majlis perasmian pusat berkenaan menyaksikan penglibatan seramai 20 orang ahli wanita daripada Kelab Wanita Bolkiah di mana mereka menjual hasil buat tangan mereka daripada kain tenunan ke kraf tangan serta masakan tradisional.

    Pusat Pembangunan Masyarakat Kampung Bolkiah merupakan projek yang diasaskan oleh Projek Big BWN di bawah inisiatif perusahaan sosial Yayasan iaitu ‘Ristaan
    Abadi’.

    Pelancaran pusat disempurnakan dengan persembahan daripada Kelab Budaya Mukun Selendang Sutera Brunei Darussalam.
    YB Dayang Nik Hafimi dan Dr Nor Imtihan menyaksikan dan berinteraksi bersama ahli wanita Kelab Wanita Bolkiah yang menyertai pelancaran Pusat Pembangunan Masyarakat Kampung Bolkiah, kelmarin.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda