Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Platform pupuk perpaduan masyarakat berbilang kaum

    TUARAN, 1 MEI – Pesta Kaamatan wajar dijadikan platform untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum, agama dan budaya terutama di Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

    Selain mempromosi dan melestarikan tradisi serta adat antaranya melalui tarian, muzik serta pakaian tradisional, beliau berkata Pesta Kaamatan memainkan peranan untuk membina jambatan persefahaman melalui perkongsian tradisi serta adat bagi difahami antara satu sama lain.

    “Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan, kita percaya program kebudayaan dapat memantapkan lagi perpaduan masyarakat yang berbilang kaum dan memberi peluang untuk kita mengenali, memahami serta menghargai adat dan budaya suku kaum masing-
    masing.

    “Kepelbagaian budaya dan warisan dengan keharmonian 35 etnik dan 217 subetnik di Sabah telah menjadikan Negeri Di Bawah Bayu ini sebagai bumi yang unik bagi setiap rakyat dan tetamu yang bertandang ke negeri ini,” katanya dalam ucapan majlis pelancaran sambutan Pesta Kaamatan 2023 di sini hari ini.

    Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri.

    Turut hadir, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.

    Hajiji berkata semangat persaudaraan, persahabatan dan perpaduan yang selama ini menjadi amalan hidup rakyat dapat terus diperkukuh dan dimantapkan lagi sesuai dengan semangat Malaysia MADANI menerusi perayaan Pesta Kaamatan.

    Beliau berkata dalam tempoh sebulan sambutan itu hingga acara kemuncak pada 30 dan 31 Mei ini, berbagai-bagai acara akan diadakan di seluruh negeri malah di Sarawak serta Semenanjung Malaysia, justeru beliau mengajak seluruh rakyat untuk bersama-sama menyertai acara yang diadakan. – Bernama

    Datuk Dr Jeffrey Kitingan (depan empat, kiri) menuai padi sebagai simbolik Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah di Dewan Sri Sulaman Tuaran kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...