Thursday, December 26, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Platform terbaik penerbit

    Oleh Imelda Groves HA

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Dis – Pihak penganjur Brunei Film Blitz 2017 mengumumkan pertandingan istimewa iaitu Filem Blitz 48 Jam mulai hari ini hingga 31 Disember semasa sidang akhbar yang diadakan di The Times Cineplex, Empire Hotel & Country Club, di sini, pagi tadi.

    Pengarah festival filem tersebut, Dayang Siti Kamaluddin memberitahu media bahawa para peserta yang telah berdaftar mengikuti Filem Blitz 48 Jam itu hendaklah menghantar filem pendek berdurasi sehingga enam minit dalam masa dua hari dan mesti menampilkan adegan dengan bahan-bahan ini: akhbar Borneo Bulletin dan Media Permata serta Aplikasi Progresif Radio.

    Pemenang dalam kategori ini akan menerima hadiah tunai berjumlah $10,000 dan filem mereka akan disiarkan pada panggung wayang pada hari Ahad (31 Disember 2017).

    Sementara itu, festival filem ini juga akan menawarkan Kategori Terbuka, di mana pembuat filem tempatan berpeluang mempamerkan filem pendek mereka semasa festival filem tersebut.

    Kategori ini akan dihakimi oleh pakar filem yang dijemput dari seluruh rantau ini, dan pemenang bagi kategori ini akan menerima hadiah wang tunai berjumlah $5000.

    Gambar ramai tetamu, pembuat filem tempatan, peserta dan warga Brunei Film Blitz sejurus selepas sidang media Filem Blitz 48 Jam.

    “Brunei Film Blitz 2017 bertujuan untuk menyokong pencipta filem yang bercita-cita tinggi di Brunei dan menggalakkan penduduk tempatan terus membuat filem dan mengembangkan industri yang menguntungkan itu,” kata Dayang Siti Kamaluddin.

    Beliau juga berkata bahawa Brunei Film Blitz adalah permulaan dan platform yang hebat untuk memupuk aktiviti perfileman di negara ini.

    “Ini adalah perasmian filem pertama kami dan saya amat berterima kasih kepada Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan menyokong festival filem pada Disember ini di Brunei dan kepada semua penaja kami untuk mempercayai kami dan industri kreatif di Brunei,” jelasnya.

    “Apa yang penting ialah kita memulakan, dan ini adalah permulaan yang baik,” katanya.

    Sepanjang festival filem dua hari itu, juga akan diadakan Kelas Master oleh pakar filem iaitu Maxine Williamson, Dr. Alex Fischer dan Raymond Miranda.

    Kelas Master itu akan meliputi pengajian bahasa sinematik, DNA penyampaian cerita yang kuat dan anatomi filem pendek.

    Dalam temu bual dengan salah seorang pakar filem, Maxine Williamson, dia menyarankan kepada pembuat filem tempatan untuk menghasilkan filem dengan budaya sendiri dan mestilah asli.

    Maxine menggesa bagi penghasilan filem yang ingin ditontoni oleh komuniti di negara ini atau ia boleh dikaitkan dengan cerita-cerita asal. Beliau juga menyatakan keterujaannya untuk melihat kesemua penyertaan daripada pembuat filem tempatan.

    Hadir memberikan sokongan pada festival itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pelancongan) Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Awang Wardi bin Haji Mohammad Ali.

    Beliau menyatakan minatnya terhadap festival filem itu dan percaya bahawa acara itu akan menggalakkan lebih ramai pembuat filem muda tampil dan mempamerkan bakat mereka.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda