Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Platform Worshipper’s Guide diperkenal

    MEKAH, 30 OKT – Arab Saudi memperkenalkan platform Worshipper’s Guide yang menawarkan pengalaman digital dan kerohanian unik kepada para pengunjung dua masjid suci, disediakan oleh Pihak Berkuasa Am bagi Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

    Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA), platform itu menampilkan laman sesawang interaktif yang direka untuk memperkukuh hubungan jemaah dengan ibadah serta memperkaya pengalaman rohani mereka.

    Platform berkenaan boleh diakses dalam tujuh bahasa iaitu Arab, Urdu, Inggeris, Turki, Perancis, Melayu dan Indonesia, sekali gus memperluas manfaatnya kepada pelbagai latar belakang pengunjung di Masjidil Haram.

    Worshipper’s Guide boleh dicapai dengan mudah melalui kod respons pantas (QR) yang disediakan di seluruh kawasan solat Masjidil Haram.

    Platform ini turut menyediakan versi digital Al-Quran yang mesra pengguna, pustaka lengkap doa-doa Nabi Muhammad SAW mengikut waktu dan situasi, serta panduan visual ringkas bagi pelaksanaan pelbagai jenis ibadah. – Bernama

    Gambar Pexel
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda