Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Platform X benarkan semula iklan politik

    SAN FRANCISCO, 30 OGOS – Platfrom X (Twitter) Elon Musk, kini kembali menerima iklan politik, selepas kira-kira empat tahun, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Larangan yang diperkenalkan pada Oktober 2019 itu pada mulanya akan ditarik balik di Amerika Syarikat, menurut hantaran blog itu kelmarin.

    Bekas ketua Twitter, Jack Dorsey yang mewajarkan larangan itu berkata capaian politik perlu diperoleh dan bukan dibeli. X kini merujuk komitmen perkhidmatannya kepada kebebasan bersuara.

    Pada masa yang sama, platform itu akan mengenakan beberapa peraturan terhadap penyebaran mesej politik berbayar.

    Mesej politik dilarang mengandungi maklumat palsu atau mengelirukan. Ini termasuk gambaran salah yang bertujuan menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap kesahihan pilihan raya.

    Sekatan ini mungkin mengehadkan cara bekas presiden Donald Trump dan penyokongnya menggunakan X dalam kempen presiden 2024.

    Apa pun hakikatnya, Trump tetap mendakwa bahawa pilihan raya lepas ‘telah dicuri’ daripadanya.

    Musk telah mengaktifkan semula akaun Trump yang telah lama diharamkan pada perkhidmatan itu. Setakat ini, bekas presiden itu hanya sekali menggunakannya, memuat naik gambar mugshot yang dirakam oleh polis. – Bernama

    Elon Musk ketika memperkenalkan kereta Model X di ibu pejabat syarikat pada 29 September 2015, di Fremont, California. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda