BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Satu acara kejohanan bola sepak sembilan orang sepasukan telah dianjurkan oleh Persatuan Lun Bawang Murut Brunei (PLBMB) bersempena Irau Tupeh Padey tahun 2025 yang berlangsung pada 14 dan 16 November, di Padang Kompleks Sukan Temburong Batu Apoi, Temburong.
Sebanyak 11 pasukan telah bertanding dalam kejohanan pada tahun ini. Pengerusi kejohanan, Awang Sabtu bin Sitai menjelaskan matlamat kejohanan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan puak Murut Brunei melalui sukan bola sepak.
Pasukan dari Zon 4B telah muncul juara kejohanan tersebut setelah menewaskan pasukan Menul Mo dari Zon 3 melalui sepakan penalti 2-1 setelah kedua-dua pasukan diikat seri 0-0. Tempat ketiga disandang bersama oleh Pasukan Zon 5A dan Zon 4A.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah Yang Di Pertua PLBMB, Lt Kol (B) Awang Tamin Bin Tuah.

