PRAGUE, 17 SEPT – Pemain tenis wanita ranking nombor tiga dunia, Karolina Pliskova berkata hari ini dia menarik diri daripada Terbuka Ostrava minggu hadapan disebabkan kecederaan pergelangan tangan. Pemain Republik Czech berusia 29 tahun itu dicalonkan sebagai pemain pilihan utama di Kejohanan WTA yang berlangsung di bandar Ostrava, Republik Czech pada 20 hingga 26 September.