SYDNEY, 31 Julai – Empat lelaki yang dituduh berkomplot untuk menjatuhkan sebuah pesawat udara, merancang menggunakan gas beracun atau bom mentah yang disamarkan sebagai pengisar daging, menurut laporan hari ini, dengan para pegawai Australia menyifatkan persiapan itu ‘canggih’.
Lelaki-lelaki itu – dilaporkan dua orang ayah warga Lubnan-Australia dan anak-anak lelaki mereka – telah diberkas dalam serbuan di Sydney pada petang Sabtu lalu.
Sydney Daily Telegraph melaporkan rancangan mereka itu untuk membawa alat itu menaiki pesawat udara komersial dari Sydney ke destinasi Timur Tengah sebagai beg bagasi kabin.
Menurutnya, idea itu adalah untuk menggunakan pengikis kayu dan bahan letupan di dalam satu peralatan dapur seperti mesin pengisar.
Sydney Morning Hearld juga melaporkan bahawa satu pengisar telah diperiksa, manakala akhbar The Australia mengatakan banyak sumber sebagai berkata itu adalah alat ‘bukan biasa’ yang boleh mengeluarkan gas sulfur toksik.

Menurutnya, ini akan mengakibatkan semua orang dalam pesawat udara mati atau tidak boleh bergerak.
Perdana Menteri Malcolm Turnbull berkata rancangan itu adalah ‘canggih’ tetapi beliau enggan mengulas tentang dakwaan bercanggah berhubung kaedah serangan.
“Saya mesti menghormati kewibawaan penyiasatan,” ujar beliau.
“Namun saya boleh menyatakan yang pasti pihak polis akan mengatakan mereka mempunyai niat dan meningkatkan kemampuan itu.
“Ini jelas lebih banyak akan dikatakan dalam tempoh beberapa hari akan datang. Rancangan itu dikatakan adalah serangan didorong oleh kumpulan pengganas pelampau Islam.”
Polis hari ini terus mengumpulkan bukti di lima buah rumah yang diserbu, memberi amaran penyiasatan akan ‘mengambil masa yang panjang dan berlarutan’. – AFP