Wednesday, February 12, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Plymouth bertemu City di Piala FA

    MANCHESTER, 11 FEB – Plymouth bakal bertemu Manchester City dalam saingan pusingan kelima Piala FA selepas pasukan tersebut berjaya menyingkirkan Liverpool, baru-baru ini.

    Plymouth – pasukan tercorot dalam divisyen dua – mengejutkan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool, dengan kemenangan 1-0 pada Ahad. Kini, cabaran seterusnya adalah berdepan Manchester City di Stadium Etihad pada 1 Mac, menentang pasukan bimbingan Pep Guardiola yang merupakan juara bertahan liga empat kali berturut-turut.

    Juara bertahan Piala FA, Manchester United, akan menanti kunjungan Fulham dalam salah satu daripada tiga pertembungan sesama pasukan Liga Perdana Inggeris. Newcastle pula menjadi tuan rumah kepada Brighton, manakala Bournemouth akan berdepan Wolverhampton di laman sendiri.

    Aston Villa akan menentang pasukan divisyen dua, Cardiff.

    Sementara itu, Burnley, yang sedang memburu promosi ke Liga Perdana Inggeris, akan bertandang ke Preston.

    Crystal Palace pula mara ke pusingan kelima selepas menewaskan pasukan Liga 2, Doncaster Rovers, 2-0 semalam dan akan bertemu Millwall di tempat sendiri.

    Exeter atau Nottingham Forest akan beraksi hari ini untuk merebut peluang menjadi tuan rumah kepada Ipswich. – AP

    Pemain Plymouth meraikan kemenangan selepas perlawanan pusingan keempat Piala FA antara Plymouth Argyle dan Liverpool di Stadium Home Park, Plymouth, England, pada Ahad, 9 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda