CANBERRA, 22 JULAI – Parlimen persekutuan Australia yang ke-48 dirasmikan oleh Perdana Menteri Anthony Albanese hari ini, menyusuli pilihan raya umum yang berlangsung pada Mei lalu, lapor Xinhua.
Upacara pembukaan sesi Parlimen berlangsung di Dewan Besar Bangunan Parlimen di Canberra pagi tadi menandakan permulaan rasmi penggal baharu Parlimen, lebih dua bulan selepas Parti Buruh pimpinan Albanese meraih penggal kedua dalam kerajaan selepas kemenangan besar pada pilihan raya 3 Mei.
Dalam ucapannya, Albanese menyeru kesemua 226 ahli parlimen yang dipilih untuk bersama-sama melakar bab baharu Australia dengan penuh keberanian dan kewibawaan. – Bernama
