Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    PM Anwar bangga dengan pasukan penyelamat Malaysia di Turkiye

    MALAYSIA/GAZIANTEP, TURKIYE, 15 FEB – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa bangga beliau dan rakyat Malaysia di atas kecekapan dan tahap profesionalisme pasukan mencari dan menyelamat (SAR) negara yang bertugas membantu mangsa gempa bumi di Nurdagi di sini.

    Beliau berkata pasukan SAR ne-gara yang terdiri daripada anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia yang ditempatkan di Nurdagi telah menunjukkan pengorbanan dan keupayaan luar biasa yang boleh dibanggakan.

    “Saya bangga sekali dengan pasukan kita yang telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa, pengorbanan yang luar biasa.

    “Gabenor dan wakil gabenor di sini (Nurdagi) turut menyatakan bahawa pasukan kita menunjukkan dedikasi yang luar biasa. Saya bagi pihak seluruh rakyat ingin mengucapkan penghargaan dan doa kepada Allah SWT, mudah-mudahan beban rakyat di sini diringankan dan kita (Malaysia) akan buat sedaya upaya untuk membantu,” katanya.

    Beliau berkata demkian kepada pemberita selepas melawat kem pasukan SAR negara di Stadium Nurdagi di sini, hari ini.

    Terdahulu, Anwar meluangkan masa kira-kira 40 minit melawat dan mendengar taklimat operasi pasukan SAR negara. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat lebih dekat runtuhan bangunan kesan daripada gempa bumi semasa melakukan lawatan ke Pusat Operasi Pasukan Penyelamat Malaysia di Nurdagi, kelmarin. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...