Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Anwar bertemu Bilal Erdogan

    KUALA LUMPUR, 7 DIS – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Bilal Erdogan, anak lelaki Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, kelmarin.

    Melalui hantaran di laman Facebooknya hari ini, Anwar berkata pertemuan berkenaan diadakan sempena kunjungan Bilal ke Kuala Lumpur.

    “Insya-Allah, hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Turkiye terus dipererat,” kata Perdana Menteri yang turut memuat naik gambar pertemuan berkenaan.

    Bilal ialah anak kedua Erdogan dan merupakan seorang ahli perniagaan.

    Erdogan antara pemimpin dunia terawal yang mengucapkan tahniah kepada Anwar selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November lepas.

    Dalam perbualan telefon selama kira-kira 10 minit antara kedua-dua pemimpin itu, Anwar menyuarakan harapan agar Malaysia dan Turkiye dapat mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam banyak bidang termasuk perdagangan, perniagaan, budaya, pendidikan dan ketenteraan. – Bernama

    Anwar Ibrahim semasa menghadiri sidang media baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda