Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    PM Anwar: Gencatan senjata 4 hari di Gaza melegakan

    PUTRAJAYA, 24 NOV – Dalam menzahirkan sedikit rasa lega dengan berita mengenai gencatan senjata selama empat hari di Gaza, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun tetap menyuarakan rasa bimbang dengan tindak tanduk rejim ganas.

    “Melegakan sedikit, tetapi berhadapan dengan rejim ganas, yang buat kenyataan bahawa mereka akan meneruskan kegiatan keganasan, itu sangat membimbangkan kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Furqan Presint 11, di sini hari ini.

    Ditanya adakah Malaysia akan menghantar wakil sukarelawan ke Gaza dalam tempoh gencatan senjata, Anwar berkata perkara itu terserah kepada keputusan bersama negara Arab dan Islam.

    “Kita terbuka nak hantar apa pun, kita setuju. Cuma tertakluk kepada persetujuan kita dengan negara Arab dan negara Islam terutama negara jiran di sekitar Palestin,” katanya.

    Gencatan senjata selama empat hari telah diisytiharkan di kawasan berkonflik Israel dan Palestin di Gaza bermula hari ini dan akan disusuli dengan pertukaran tebusan dan tahanan.

    Ia bermula pada pukul 7 pagi waktu tempatan Gaza (satu tengah hari waktu Malaysia), melibatkan gencatan senjata menyeluruh di utara dan selatan Gaza. – Bernama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan ketika hadir pada Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Perdana Menteri dan Kerajaan Madani. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...