Tuesday, February 4, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Anwar jalani pemeriksaan di IJN

    KUALA LUMPUR, 5 FEB – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pagi tadi.

    Menurut beliau selesai pemeriksaan itu, doktor mengesahkan kesihatannya berada pada tahap yang baik.

    “Saya langsung menyambung tugasan bersama staf,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini.

    Terdahulu, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dilaporkan berkata Anwar dijadual menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves pagi tadi, namun tidak dapat berbuat demikian kerana beliau tidak sihat. – Bernama

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda