Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    PM Anwar mahu budaya beri cenderahati dihentikan

    KUALA LUMPUR, 1 DIS – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak agar tidak memberi sebarang cenderahati kepadanya.

    Menerusi satu hantaran dalam laman Facebook rasminya, Anwar berkata budaya itu mesti dihentikan.

    “Saya hargai niat baik saudara saudari semua tetapi ini tidak bersesuaian dengan etika pengurusan dan pimpinan serta ia membebankan rakyat,” katanya.

    Anwar sebelum ini menolak menggunakan kereta jenis Mercedes S600 yang dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum beliau memasuki pejabat selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10, pada 24 Nov lepas.

    Langkah itu diambil kerana beliau tidak mahu sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atasnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...