Thursday, January 23, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Anwar minat kenderaan berkuasa hidrogen, enjin lebih senyap

    PUTRAJAYA, 1 APRIL – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkesempatan menaiki kenderaan menggunakan sel bahan api hidrogen pada hari ini bersama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, jelas tertarik dengan kenderaan berkuasa hidrogen itu yang menurutnya lebih senyap berbanding kenderaan menggunakan bahan api petrol.

    Chang berkata dalam perjalanan singkat menaiki kenderaan jenis Toyota Mirai itu, dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ke bangunan Perdana Putra, perdana menteri sempat bertanya beberapa perkara mengenai perkembangan ekosistem bahan api hidrogen dalam negara.

    “Perdana Menteri amat berminat. Tanggapan pertama beliau adalah enjin sangat senyap bila menaiki kereta ini berbanding kereta yang guna minyak (bahan api petrol),” kata Chang pada sidang media selepas menghadiri Majlis Demonstrasi Penggunaan Mobile Hydrogen Refueling Unit dan Kenderaan Berkuasa Hidrogen hari ini.

    Chang berkata tidak banyak perkara yang dikongsikan oleh Anwar kerana jarak perjalanan hanya selama lima minit sahaja, namun riak wajah dan gaya perbualan menunjukkan pemimpin nombor satu negara itu memang berminat dengan kenderaan berkenaan.

    Toyota Mirai merupakan kenderaan hidrogen jenis sedan yang pertama di Semenanjung Malaysia.

    Terdahulu, Anwar diberikan penerangan mengenai Mobile Hydrogen Refueling Unit dan kenderaan berkuasa hidrogen oleh Pengurus Besar UMW Motor, Jason Ong dan perdana menteri itu turut menyaksikan demonstrasi pengisian semula hidrogen ke kenderaan berkuasa hidrogen. – Bernama

    Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) diiringi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang (kanan) mencuba kenderaan Toyota Mirai pada Majlis Demonstrasi Penggunaan Mobile Hydrogen Refueling Unit di Putrajaya hari ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda