Friday, February 7, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Armenia letak jawatan

    YEREVAN, 29 MAC – Perdana Menteri Nikol Pashinyan mengumumkan semalam beliau akan meletak jawatan pada bulan depan namun akan kekal menerajui kerajaan sementara sehingga pilihan raya parlimen diadakan pada 20 Jun, dalam usaha untuk mengawal krisis politik yang mencengkam Armenia.

    Pergolakan politik meletus di negara Caucasus selepas Pashinyan pada November menandatangani perjanjian gencatan senjata dengan Azerbaijan yang menamatkan pertempuran enam minggu untuk mengawal rantau Nagorno-Karabakh.

    Perdana menteri pada bulan ini mengumumkan pilihan raya parlimen kilat yang dikatakannya merupakan ‘cara terbaik untuk menangani situasi politik dalam negara sekarang.’ Dalam satu kunjungan ke barat laut Armenia semalam, Pashinyan memberitahu penduduk kampung beliau akan ‘meletak jawatan pada April’ sebelum pengundian.

    “Saya akan meletak jawatan untuk membolehkan pilihan raya awal diadakan,” kata beliau, menurut video yang disiarkan di laman Facebook beliau.

    “Saya akan terus berkhidmat sebagai perdana menteri sementara,” tambah beliau. – AFP

    Perdana Menteri NikolPashinyan menyampaikan ucapan semasa rapat penyokong di RepublicSquare di pusat Bandar Yerevan. Pashinyan mengumumkan beliau akan meletak jawatan pada bulan depan. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda