CANBERRA, Australia, 6 Nov – Perdana Menteri Australia hari ini mencadangkan semua ahli undangan membuktikan mereka tidak memegang dua kerakyatan dalam langkah yang mungkin mengancam kestabilan kerajaannya sendiri.
Mahkamah Tinggi pada bulan lalu menyingkirkan lima ahli undangan, termasuklah dua menteri kerajaan, kerana mereka telah mencabuli tegahan berperlembagaan yang berusia 116 tahun ke atas warganegara luar yang menduduki Parlimen, yang mencetuskan krisis politik yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Gesaan bagi audit ke atas semua kewarganegaraan semua ahli undangan digiatkan apabila seorang senator kanan kerajaan minggu lalu mengumumkan dia meletak jawatan dari jawatannya bergaji 350,000 dolar Australia setahun kerana dia telah mewarisi kewarganegaraan Britain dari ayahnya. Menteri-menteri kerajaan berkata dia seharusnya mengisytiharkan dua kewarganegaraannya lebih awal lagi. Perdana Menteri Malcolm Turnbull berkata kabinetnya hari ini memutuskan bahawa semua ahli undangan seharusnya memberikan bukti kepada Parlimen bahawa mereka bukan pemegang dua kewarganegaraan. Para ahli undangan yang lahir di luar negara akan memberikan rekod tentang bagaimana dan bila kewarganegaraan luar mereka dilepaskan. Para ahli undangan yang lahir di Australia akan dikehendaki menyatakan di mana dan bila ibu bapanya mereka lahir, butiran yang boleh mendedahkan kewarganegaraan kedua.
“Apa yang kita lihat ialah kebimbangan sah bahawa wujud ketelusan mencukupi tentang perkara ini,” Turnbull memberitahu para pemberita. – AP
![](http://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2017/11/P14-B_071117.jpg)