Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Australia usulkan isu kubis KFC

    SYDNEY, 9 JUN – Perdana menteri Australia berkata bahawa beliau akan bercakap dengan pegawai atasan bagi membincangkan kos salad yang melambung tinggi dan keputusan KFC tempatan yang menggantikan daun hijau dengan campuran kubis pada Zinger Burger mereka.

    Menggelar keputusan rantaian makanan segera tersebut sebagai ‘luar biasa’, Anthony Albanese menyindir keadaan tersebut telah menjadi krisis negara.

    Harga salad telah melonjak sebanyak 300 peratus di bandar-bandar Australia berikutan banjir baru-baru ini dan harga bahan api global yang tinggi.

    Seikat salad aisberg yang pernah dijual pada harga kira-kira AS$2 kini berharga hampir AS$8 di Sydney dan Melbourne. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda