Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Bangladesh lancar kempen penggal kelima

    DHAKA, 20 DIS – Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina melancarkan kempennya untuk penggal kelima kelmarin, ketika parti pembangkang menggesa keingkaran awam dan berkata pilihan raya 7 Januari tidak akan diadakan secara adil.

    “Jika saya boleh membentuk kerajaan semula, seluruh Bangladesh akan diubah menjadi sebuah negara yang makmur dan maju,” kata Hasina kepada pemberita di bandar timur laut Sylhet, ketika memulakan kempen dua minggu menjelang pilihan raya umum.

    “Tidak akan adanya isu gelandangan dan penduduk tanpa tanah,” tambah beliau yang diiringi oleh menteri-menteri dan ahli tertinggi parti pemerintah beliau, Liga Awami.

    Hasina yang berusia 76 tahun itu yakin akan memenangi pilihan raya, namun undiannya telah dikritik sebagai ‘tidak masuk akal’ oleh pihak pembangkang.

    Hasina telah menyelia pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan sejakbelia mengambil alih negara yang mempunyai 170 juta penduduk pada 2009, tetapi aktivis berkata pemerintahan kuku besinya telah ditandai pencabulan hak asasi manusia yang meluas, termasuk beribu-ribu pembunuhan di luar bidang kehakiman.

    Pembangkang Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) serta Jamaat-e-Islami iaitu kumpulan Islam terbesar, dan berpuluh-puluh parti yang lebih kecil, berkata tiada pilihan raya akan bebas dan adil sekiranya Hasina berkuasa. – AFP

    Setiausaha Agung Bersama Liga Awami Bangladesh, Bahauddin Nasim (tengah), bertemu orang ramai semasa kempen pilihan raya di Dhaka pada 18 Disember. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda