Wednesday, February 5, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Britain gesa G7 rampas aset Rusia

    LONDON, 25 FEB – Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak menggesa negara Barat hari ini supaya ‘lebih berani’ dalam merampas aset Rusia dan menghantar faedah yang telah dikumpul daripada dana yang dibekukan kepada Ukraine.

    Sempena tahun kedua pencerobohan Moscow, pemimpin United Kingdom (UK) itu berkata rakan sekutu Barat mesti pergi ‘lebih jauh’ dengan sekatan mereka untuk ‘menggoyahkan’ kepercayaan Presiden Rusia, Vladimir Putin ‘bahawa kami tidak akan berbuat apa-apa’.

    “Kami mesti lebih berani merampas ratusan bilion aset Rusia yang dibekukan,” kata Sunak dalam artikel dalam akhbar, The Sunday Times.

    “Ia bermula dengan mengambil faedah berbilion-bilion yang dikumpul daripada aset dan menghantarnya ke Ukraine.

    “Dan kemudian, dengan G7, kita mesti mencari cara yang sah untuk merampas aset itu sendiri dan menghantar dana tersebut ke Ukraine juga,” tambahnya.

    Komen perdana menteri berikutan ikrar pemimpin G7 pada Sabtu lalu untuk meneroka ‘semua jalan yang mungkin digunakan untuk menyokong Ukraine’ dengan memanfaatkan aset Rusia yang telah dibekukan. – AFP

    Sunak ditemu bual semasa lawatan pertukaran Openreach di Anglesey, Wales, pada 22 Februari. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda