Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Britain pecat Menteri Perdagangan

    LONDON, 9 OKT – Perdana Menteri Britain yang baharu Liz Truss, semalam memecat Menteri Perdagangan, Conor Burns berkuat kuasa serta-merta selepas aduan salah laku serius.

    Downing Street berkata dalam satu kenyataan bahawa Truss turut mengarahkan bekas pembantu kepada Boris Johnson supaya meninggalkan kerajaan berkuat kuasa serta-merta.

    “Perdana Menteri mengambil tindakan segera apabila dimaklumkan mengenai dakwaan berkenaan dan menjelaskan bahawa semua menteri harus mengekalkan standard tingkah laku yang tinggi seperti yang diharapkan oleh orang ramai,” katanya.

    Burns, yang juga bekas Setiausaha Sulit Parlimen kepada Johnson ketika menjadi Menteri Luar turut digantung sementara daripada parti Konservatif yang diketuai Truss.

    Pejabat yang bertanggungjawab ke atas disiplin parti, berkata tindakan menyusuli dakwaan kelakuan tidak wajar awal minggu ini.

    “Kita memandang serius semua dakwaan itu. Perdana Menteri dengan jelas mengatakan bahawa standard tertinggi dalam kehidupan awam mesti dipertahankan,” katanya.

    Media British memetik Burns sebagai berkata beliau akan bekerjasama dengan penyiasatan itu dan tidak sabar untuk membersihkan namanya.

    Pengumuman itu menutup minggu yang panas bagi parti Konservatif selepas persidangan tahunan yang penuh huru-hara di mana Truss dan menteri kewangan, Kwasi Kwarteng bermati-matian mempertahankan rancangan ekonomi mereka. – AFP

    Perdana Menteri Britain, Liz Truss membuat kenyataan akhbar selepas mesyuarat Komuniti Politik Eropah di Istana Prague di Prague, Republik Czech. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda