Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Bulgaria umum rombakan menteri kabinet

    SOFIA, 23 JULAI – Perdana Menteri Bulgaria Boyko Borisov mengumumkan rombakan kabinet hari ini, mengganti beberapa menteri utama, tetapi berkata beliau akan kekal menerajui tampuk pentadbiran di tengah bantahan menuntut peletakan jawatan beliau.

    Perdana menteri konservatif itu pada minggu lalu telah meminta peletakan jawatan tiga menteri utama untuk mematahkan spekulasi mengatakan mereka dikaitkan dengan perniagaan haram.

    Ribuan pembantah telah membanjiri jalan raya dalam rapat anti-rasuah selama dua minggu, meminta perubahan sistem, termasuk menamatkan sikap pilih kasih oleh golongan oligarki.

    “Kami menerima tiga peletakan jawatan menteri kewangan, ekonomi dan dalam negeri,” kata Borisov selepas mesyuarat kerajaan gabungan.

    Beliau menambah beliau juga akan mengganti menteri pelancongan, sementara menteri kesihatan sekarang akan mengambil alih portfolio kewangan.

    Borisov menekankan beliau akan kekal dalam jawatan sehingga mandatnya berakhir pada Mac 2021 walaupun beliau tidak berhasrat melanjutkan penggal baharu.

    “Saya telah berkata dengan jelas. Selepas mandat ini, saya akan mengendali parti saya dan memperkukuh strukturnya,” kata beliau.

    Rombakan kabinet dijangka diluluskan di parlimen esok. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda