Saturday, December 21, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM China hadiri mesyuarat SCO di Pakistan

    ISLAMABAD, 14 OKT – Perdana Menteri China, Li Qiang, adalah pemimpin paling terkemuka yang akan menghadiri mesyuarat minggu ini di Pakistan bagi kumpulan keselamatan serantau yang diasaskan oleh Rusia dan China untuk menentang pakatan Barat, walaupun terdapat peningkatan kumpulan pengganas di negara itu.

    Li tiba di Islamabad untuk mesyuarat dua hari Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) bermula esok untuk membincangkan cara meningkatkan hubungan keselamatan dan ekonomi antara negara anggota.

    Li adalah Perdana Menteri China pertama yang melawat Pakistan dalam tempoh lebih 10 tahun.

    Dalam lawatan tiga harinya, Li juga akan bertemu dengan Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari dan kepimpinan kanan politik dan tentera.

    Kementerian Luar Pakistan berkata, mesyuarat SCO itu akan turut dihadiri oleh wakil Rusia, Belarus, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Uzbekistan. Ia berkata naib presiden Iran dan menteri luar India juga akan hadir.

    Pakistan telah meningkatkan keselamatan di ibu negara itu dengan mengerahkan tentera dan mengharamkan perhimpunan. – AFP

    Seorang pegawai polis trafik berdiri di sebelah papan yang mempamerkan gambar Li (tengah); Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dan Asif Ali Zardari di Islamabad, Pakistan pada 13 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda