PM Czech gesa Itali tegah perjalanan luar negara

PRAGUE, 8 MAC – Perdana Menteri Czech, Andrej Babis hari ini menggesa Itali untuk menegah rakyatnya dari berkunjung ke luar negara dalam usaha untuk mengekang penularan koronavirus baharu yang telah membawa kepada perintah kuarantin ke atas suku penduduk Itali.

Republik Czech telah mencatatkan 26 kes virus terbabit – terutamanya dari Itali – dan seramai 1,100 orang telah dikuarantin.

“Saya rasa ia penting yang Perdana Menteri Giuseppe Conte menyeru semua warga Itali untuk tidak meninggalkan Itali langsung,” kata populis jutawan, Babis memberitahu televisyen am Czech.

Menurutnya lagi, warga Itali seharusnya tidak berkunjung ke Eropah kerana kebanyakan kes di Jerman, Perancis, Sepanyol…berpunca dari Itali. – AFP