Thursday, July 4, 2024
30 C
Brunei

    -

    PM Greece beri amaran ‘musim panas yang berbahaya’

    ATHENS, 2 JULAI – Anggota bomba memadam kebakaran hutan di timur pulau Aegean Chios dan Kos  yang mencederakan lima orang kelmarin, ketika perdana menteri Greece memberi amaran tentang musim panas yang berbahaya dan berkata bantuan orang ramai adalah penting untuk mengawal kesannya.

    Perkhidmatan kecemasan mengeluarkan arahan pemindahan bagi mereka yang berada di kawasan Metohi di barat Chios pada pagi kelmarin, menggesa mereka menuju ke pantai berdekatan.

    Menjelang petang, lebih 140 anggota bomba, bersama lapan pasukan bomba yang pakar dalam kebakaran hutan, tujuh kapal terbang menjatuhkan air dan tiga helikopter sedang memadamkan kebakaran.

    Satu lagi kebakaran berlaku lebih jauh ke selatan di Aegean, di pulau peranginan Kos, dan menjelang lewat Isnin telah memaksa pemindahan beberapa orang, termasuk pelancong dari hotel, sebagai langkah berjaga-jaga.

    Kebakaran itu sedang ditangani oleh lebih daripada 100 anggota bomba, termasuk bantuan yang dihantar dari Athens, serta enam pesawat menjatuhkan air dan dua helikopter, tambah Vathrakoyiannis.

    Secara keseluruhan, Greece menyaksikan 52 kebakaran hutan berlaku dalam tempoh 24 jam sebelumnya, 44 daripadanya telah ditangani pada peringkat awal, kata Vathrakoyiannis. Pihak berkuasa masih memadamkan lapan kebakaran pada petang Isnin.

    “Kami mengalami bulan Jun yang sangat sukar berhubung keadaan cuaca, dengan tahap kemarau yang tinggi dan angin kencang luar biasa untuk musim ini,” kata Perdana Menteri, Kyriakos Mitsotakis pada kelmarin semasa mesyuarat Kabinet. Musim panas tahun ini, katanya, “diramalkan sangat berbahaya” untuk kebakaran hutan.

    Mitsotakis berkata penggunaan dron sebagai sebahagian daripada sistem amaran awal untuk kebakaran hutan amat berguna tahun ini dan memuji penyelarasan yang lebih baik antara pihak berkuasa dan anggota bomba sukarela untuk mengehadkan tahap kerosakan kebakaran setakat ini.

    “Kami sedang memasuki teras yang sukar dalam tempoh anti-kebakaran, dan ini pastinya tidak akan dimenangi tanpa bantuan orang ramai juga, terutamanya dalam bidang pencegahan,” kata Mitsotakis. – AP

    Caption: Helikopter pemadam kebakaran menjatuhkan air ke atas kebakaran hutan di kawasan Keratea, tenggara Athens, Greece pada 30 Jun. – AP

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    NZ anjur pertandingan hapus kucing liar

    WELLINGTON, 3 JULAI – Pertandingan membunuh kucing liar yang diadakan secara tahunan di New Zealand dijangka diperluas tahun depan, kata penganjur acara hari ini,...