Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Greece isytihar ‘darurat kebangsaan’

    ATHENS, 17 OKT – Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis hari ini berkata kadar kelahiran negara yang menurun merupakan ‘darurat kebangsaan’ kerana data menunjukkan penduduk menurun lebih satu juta pada 2050.

    Greece hanya merekodkan satu kelahiran bagi setiap dua kematian pada 2022, kata Mitsotakis semasa persidangan demografi dan menambah bahawa ‘darurat negara sedang dalam evolusi penuh’.

    “Rakyat kita merupakan salah satu yang paling tua di Eropah. Wanita Greece berusia 20 hingga 40 tahun menurun kepada 150,000 sepanjang tempoh lima tahun,” kata perdana menteri itu.

    “Sekiranya kita tidak bertindak, menjelang 2050, penduduk kita mungkin berkurangan sehingga 1.4 juta orang,” kata ahli demografi, Byron Kotzamanis, pengarang kajian sasaran penduduk Greece baru-baru ini, kepada penyiar ERT.

    Kerajaan konservatif pimpinan Mitsotakis yang dilantik semula pada Jun lalu, telah menubuhkan kementerian berasingan untuk menangani isu keluarga dan berjanji untuk menambah bantuan sokongan kanak-kanak.

    Agensi Perangkaan Nasional ELSTAT bulan ini mengumumkan kurang daripada 77,000 kelahiran tahun lalu berbanding lebih 140,000 kematian, yang terendah dalam 90 tahun.

    Kelahiran turun 10.3 peratus berbanding 2021, katanya.

    Pada tahun 1932, Greece mempunyai lebih 185,000 kelahiran dan kurang daripada 118,000 kematian, menurut ELSTAT.

    OECD juga mengunjurkan populasi Greece menurun daripada 10.4 juta tahun lepas kepada lebih 10 juta pada 2030. – AFP

    Greece hanya merekodkan satu kelahiran bagi setiap dua kematian pada 2022.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda