Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Haiti jadi sasaran pembunuhan

    PORT-AU-PRINCE, 4 JAN – Perdana menteri Haiti, Ariel Henry memberitahu AFP dalam satu temu bual kelmarin bahawa dia telah menjadi sasaran dalam percubaan pembunuhan semasa sambutan semasa sambutan hari kebangsaan hujung minggu.

    “Satu percubaan telah dibuat terhadap saya secara peribadi. Nyawa saya telah menjadi sasaran,” kata Henry, yang secara de-facto mentadbir negara sejak pembunuhan presiden, Jovenel Moise pada Julai lalu.

    Pertempuran antara polis dan kumpulan bersenjata meletus pada Sabtu lalu semasa perayaan rasmi di bandar Gonaives, kira-kira 150 kilometer di utara ibu kota Port-au-Prince, tempat pengisytiharan kemerdekaan Haiti ditandatangani lebih 200 tahun lalu.

    Gambar yang diberikan kepada AFP oleh pejabat Henry menunjukkan kesan-kesan peluru pada cermin depan kenderaan perisainya.

    Peristiwa itu berlaku beberapa minggu selepas kumpulan rakyat dan ahli kumpulan bersenjata di Gonaives secara tegas menyatakan bantahan mereka terhadap kunjungan Henry ke bandar mereka.

    “Saya tahu saya mengambil risiko,” kata Henry kepada AFP dalam temu bual dalam telefon.
    “Kita tidak boleh biarkan penyamun dari mana-mana latar belakang, didorong oleh kepentingan kewangan paling rendah, memeras ugut negeri ini,” katanya.

    Sudah lama dibelenggu kemiskinan, bencana alam dan keganasan kumpulan, negara Carribbean itu tidak mempunyai parlimen yang berfungsi dan mempunyai badan kehakiman yang lumpuh selama dua tahun, dengan pembunuhan Moise hanya memburukkan lagi keadaan. – AFP

    Ariel Henry telah menjadi sasaran dalam percubaan pembunuhan semasa sambutan semasa sambutan hari kebangsaan hujung minggu. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda